Berkat doa ibu, Nur Azila menang hadiah umrah tajaan Jakel - Utusan Malaysia

Berkat doa ibu, Nur Azila menang hadiah umrah tajaan Jakel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Berkat doa daripada ibunya, seorang suri rumah berjaya memenangi pakej ekslusif untuk menunaikan umrah tajaan Jakel Trading Sdn Bhd.

Nur Azila Alwi, 41, berkata impiannya selama ini untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah tercapai apabila menerima panggilan dari pihak Jakel memaklumkan dia adalah antara pelanggan yang berjaya memenangi pakej umrah.

“Ibu saya yang meletakkan kupon dalam kotak cabutan bertuah dan dia juga sering mendoakan saya antara penerima hadiah tersebut.

“Saya sangat teruja kerana berpeluang untuk pergi ke tanah suci Mekah kerana ini merupakan impian saya sejak dulu lagi,” ujarnya semasa majlis penyampaian hadiah bertuah Jakel di sini hari ini.

Jakel
Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel (dua dari kiri) menyerahkan replika cek kepada kepada Pengarah Urusan Al Khatiri Group, Salim Salleh.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, kempen peraduan ini merupakan satu alternatif untuk menghargai dan meraikan sokongan kepada pelanggan.

“Kami ingin membantu mereka yang tidak berkesempatan ke tanah suci dan untuk tahun ini dan seramai 200 pelanggan setia telah dipilih berbanding 80 orang tahun lepas.

“Malah segala perbelanjaan akan ditangung oleh pihak Jakel,” kata Mohamed Faroz.

Dalam majlis itu seramai 200 pelanggan bertuah dari seluruh Malaysia hadir pada majlis penyampaian hadiah yag berlangsung di Jakel Mall di sini hari ini.

Kesemua pemenang akan mengerjakan ibadah umrah tahun hadapan.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN