'Berjuanglah demi lencana di dada' - MHC - Utusan Malaysia

‘Berjuanglah demi lencana di dada’ – MHC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR  – Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Seri Subahan Kamal mahu skuad hoki lelaki negara mempamer corak permainan terbaik serta tampilkan aksi terpuji saingan Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India dari 28 November hingga 16 Disember ini.

Subahan juga yakin ketua jurulatih baharu, Roelant Oltmans, yang mula memulakan tugasnya awal bulan lepas, mampu membawa skuad Malaysian Tigers ke tahap lebih tinggi berdasarkan pengalamannya memenangi dua Piala Dunia ketika membimbing skuad wanita Belanda pada 1990 dan pasukan lelaki negara berkenaan pada 1998.

“Kesemua perlawanan persahabatan dan ujian sebelum ini adalah tempat kita belajar daripada kesilapan…kurangkan kesilapan dan belajar daripada kegagalan. Saya percaya pemain negara mampu mempamerkan aksi terbaik dan berharap dapat menamatkan cabaran di kedudukan 10 teratas.

“Bukan mudah beraksi di peringkat Piala Dunia kerana semua pasukan mahu memberikan yang terbaik dan memenanginya, tetapi apa yang penting, tampilkan permainan bagus dan berusaha tamatkan cabaran di kedudukan baik,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran kit baharu skuad kebangsaan di Stadium Hoki Nasional di sini hari ini.

Dalam pada itu, Subahan mengakui beliau lebih memberi tumpuan terhadap kempen kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, kerana Malaysia perlu meraih kedudukan dua teratas apabila menganjurkan Pusingan Akhir Siri Hoki dari 23 April hingga 1 Mei, tahun depan.

“Namun, pencapaian yang bagus pada Piala Dunia juga penting kerana ranking itu sudah tentu memberi banyak perbezaan ketika saingan Kelayakan Sukan Olimpik, bagi menentukan lawan kita pada aksi play-off selepas mara daripada Pusingan Akhir Siri Hoki,” katanya.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal bercakap pada sidang akhbar selepSubahan berharap pemain negara menampilkan aksi terbaik dan berusaha menamatkan cabaran di kedudukan yang baik. – Foto FAISOL MUSTAFA

 

Skuad negara berdepan tugas sukar di Bhubaneswar, setelah diundi dalam Kumpulan D bersama-sama tiga bekas juara dunia, Pakistan, Belanda dan Jerman.

Dalam aksi Piala Dunia lepas di Hague, Belanda pada 2014, Malaysia menamatkan cabaran di kedudukan tercorot daripada 12 pasukan yang bersaing di kejohanan berkenaan.

Mengenai kit baharu itu, Subahan berkata MHC menjangkakan dua tahun perjanjian dengan pengeluar barangan sukan dari Jerman, selepas menandatangani perjanjian dengan pengedar Adidas Hockey di rantau ini, Vik Network sebelum Sukan Asia 2018, Ogos lepas, bagi menggantikan penaja kit sebelum ini, Kappa.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai butiran dan nilai perjanjian tersebut, Subahan berkata ia akan dimuktamadkan apabila MHC bertemu wakil Adidas bulan depan. – Bernama

Pemain skuad hoki kebangsaan menunjukkan jersi baharu yang akan digunakan pada Piala Dunia 2018 IndiPemain skuad hoki kebangsaan menunjukkan jersi baharu yang akan digunakan pada Piala Dunia 2018 India dalam satu majlis di Stadium Hoki Nasional, hari ini. – Foto FAISOL MUSTAFA 
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN