KUALA LUMPUR – Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Seri Subahan Kamal mahu skuad hoki lelaki negara mempamer corak permainan terbaik serta tampilkan aksi terpuji saingan Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India dari 28 November hingga 16 Disember ini. Subahan juga yakin ketua jurulatih baharu, Roelant Oltmans, yang mula memulakan tugasnya awal bulan lepas, mampu membawa skuad Malaysian Tigers ke tahap lebih tinggi berdasarkan pengalamannya memenangi dua Piala Dunia ketika…










