Belanjawan 2019 Johor catat lebihan RM3.43 juta - Utusan Malaysia

Belanjawan 2019 Johor catat lebihan RM3.43 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 29 Nov. – Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan 2019 dengan cacatan lebihan sebanyak RM3.43 juta, dengan kutipan hasil sebanyak RM1.55 bilion, manakala anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.54 bilion.

 

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, lebihan itu adalah berpunca dari dasar fiskal negeri yang berkesan dengan pelaksanaan perbelanjaan berintegriti serta pengurusan cekap atas hasil yang mapan.

Dalam pada itu, Osman berkata, secara keseluruhan belanjawan kali ini merangkumi 28 sektor dan 207 titik fokus berdasarkan enam teras strategik.

Katanya, enam teras strategik tersebut adalah menjamin kesejahteraan rakyat,  pembangunan lestari dan pemuliharaan sumber dan pembangunan infrastruktur, penggerak zon perdagangan dan komuniti digital.

Teras itu turut merangkumi demokrasi dinamik dan kesaksamaan sosial,  memodenkan sistem pendidikan Islam, modal insan dan warisan budaya serta urus tadbir cekap, berintegriti dan demokratik.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Johor 2019: Menerajui Perubahan Menggalas Harapan Bangsa Johor Bestari di Kota Iskandar di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN