Belanda singkirkan Jerman - Utusan Malaysia

Belanda singkirkan Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Gelsenkirchen, JERMAN 20 Nov. – Virgil van Dijk muncul wira Belanda apabila jaringan penyamaannya pada minit terakhir permainan berjaya memastikan tiket ke separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah menjadi milik Oranje setelah mengikat Jerman 2-2.

Kejayaan Belanda membawa pulang satu mata berharga dari Gelsenkirchen sudah memadai untuk menempatkan diri ke peringkat empat pasukan terakhir dalam aksi yang cukup mendebarkan apabila kedua-dua gol tersebut dijaringkan pada enam minit terakhir permainan.

Rembatan voli pertahanan Liverpool, Van Dijk pada minit tambahan menyelamatkan pasukannya selepas Quincy Promes menjaringkan gol pertama Belanda pada minit ke-85.

Jerman sebelum itu mendahului 2-0 hanya dalam tempoh 20 minit pertama permainan menerusi jaringan Timo Werner dan Leroy Sane.

Van Dijk berkata dia berasa hebat apabila melihat pasukannya menamatkan kempen Kumpulan 1 di tangga teratas mengatasi dua gergasi Eropah iaitu Perancis dan Jerman.

“Kami sepatutnya berasa bangga dengan diri sendiri. Saya tahu diri saya. Kami bekerja keras untuk setiap perlawanan dan kejayaan ini pastinya membuatkan kami berasa menakjubkan,” katanya selepas Belanda menyertai England, Switzerland dan Portugal ke kelompok empat pasukan terakhir kejohanan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN