NEW YORK 23 Nov. – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Goldman Sachs Group Inc, Lloyd Blankfein pernah mengadakan pertemuan dengan pembiaya kewangan, Low Taek Jho atau Jho Low pada tahun 2012 yang dikaitkan dengan skandal penipuan dan rasuah di Malaysia. Pertemuan di antara Blankfein dan Jho Low itu dimaklumkan oleh Goldman Sachs Group Inc selepas New York Times melaporkan, barisan pendakwa raya sedang meneliti pertemuan itu sebagai sebahagian daripada siasatan…










