Batal ICERD sebab bantahan kuat orang Melayu - Utusan Malaysia

Batal ICERD sebab bantahan kuat orang Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 23 Nov. – Keputusan kerajaan Pakatan Harapan membatalkan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) adalah susulan bantahan kuat orang Melayu.

Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir berkata, kerajaan menyedari bahawa orang Melayu dan Bumiputera secara keseluruhan membantah ICERD yang akan mengancam hak mereka.

“Ini menunjukkan orang Melayu sememangnya kuat jika bersatu. Kesatuan dan desakan berterusan membuatkan kerajaan terpaksa membatalkan ICERD,” katanya ditemui ketika seleas menyertai perhimpuan membantah ICERD di Wisma Negeri, di sini, hari ini

SEBAHAGIAN daripada orang ramai yang menyertai perhimpunan membantah ICERD
SEBAHAGIAN daripada orang ramai yang menyertai perhimpunan membantah ICERD di Wisma Negeri di Seremban hari ini. – UTUSAN ONLINE/ABD. RAZAK AID

Kira-kira 1,000 orang menyertai perhimpunan tersebut yang bermula selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Negeri di sini hari ini.

Peserta perhimpunan kemudian berarak ke Wisma Negeri yang terletak kira-kira 500 meter dari masjid berkenaan.

Antara yang hadir Pesuruhjaya Pas negeri, Mustafa Daharum; Ketua Pemuda Pas negeri, Yazman Yahya dan Ketua Wanita UMNO negeri, Latifah Ali Kunjoo.

Beberapa wakil UMNO, Pas dan pertubuhan bukan kerajaan kemudian menyerahkan memorandum bantahan ICERD kepada wakil Menteri Besar, Salehudin Mohd. Nor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN