KEMAMAN 4 Nov. – Penduduk di daerah ini akan kembali berpeluang menikmati perkhidmatan bas secara percuma mulai esok yang disediakan oleh kerajaan negeri melalui Cas Ligas Sdn.Bhd. Buat permulaan, sebuah bas dibekalkan bagi memberi perkhidmatan setiap hari mulai pukul 8 pagi hingga 7 malam meliputi laluan tertentu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai dan DUN Air Putih. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Sosial negeri, Hanafiah Mat melancarkan…