Baru Bian nafi boikot Kongres PKR - Utusan Malaysia

Baru Bian nafi boikot Kongres PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 18 Nov. – Menteri Kerja Raya, Baru Bian menafikan memboikot Kongres Nasional PKR Ke-13 yang menyebabkannya ditegur Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baru berkata, beliau sebenarnya sudah mengarahkan Setiausaha Politiknya, Zakaria Abdul Hamid untuk memaklumkan ketidakhadirannya kepada Sekretariat Kongres PKR kerana mempunyai lawatan rasmi ke Ipoh, Perak semalam dan di Kuantan hari ini.

“Semalam saya di Ipoh untuk merasmikan majlis penutupan Sukan Kementerian Kerja Raya manakala hari ini di Kuantan untuk mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) Wilayah Timur serta menghadiri Majlis Anugerah Kewartawanan Lebuh Raya Pantai Timur 2018 (AKLPT18).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun begitu, ramai perwakilan dari Sarawak hadir, saya hanya bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sarawak dan tidak bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) kerana ingin beri ruang kepada orang lain,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis AKLPT18 di sini malam ini.

Anwar dalam ucapannya pada Kongres Nasional PKR ke-13 di Shah Alam, Selangor hari ini menegur Baru kerana tidak hadir kongres PKR.

Dua lagi menteri dari PKR tidak hadir ialah Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah yang mengiringi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Papua New Guinea dan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar yang hadir persidangan di Mesir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×