HULU SELANGOR – Perbuatan seorang lelaki yang menjadi viral kerana memasukkan anak saudara lelakinya dalam mesin basuh di sebuah dobi layan diri di Bukit Sentosa di sini bulan lalu, membawa padah apabila dia dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi. Hakim Azmil Muntapha Abas yang bertindak sebagai Majistret menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Muhammad Irwan Abdul Jalil, 27, yang juga jurujual itu selepas dia mengaku bersalah…










