SUNGAI SIPUT – Kira-kira 800 penduduk Orang Asli suku Temiar dari empat perkampungan di Pos Kuala Mu di sini menyuarakan bantahan terhadap Jabatan Perhutanan yang mengeluarkan arahan menetapkan pengambilan permit masuk hutan untuk ke kawasan pelancongan di situ.
Arahan tersebut bagaimanapun tidak dimaklumkan kepada penduduk Orang Asli sebaliknya hanya diketahui apabila anggota Jabatan Perhutanan membuat sekatan sebelum masuk ke kawasan tersebut.
Tok Batin Kampung Toh, Jamal Ngah berkata, sekatan jalan raya yang dilakukan kepada pengunjung itu boleh menyebabkan pendapatan Orang Asli di sekitar tiga chalet yang dibangunkan mereka sendiri merosot.
“Kami tidak mendapat sebarang makluman daripada Jabatan Perhutanan mengenai keperluan mengambil permit ini.
“Permohonan permit sebanyak RM10 untuk setiap pengunjung itu pula perlu dilakukan di Pejabat Renjer Hutan Kuala Kangsar yang terletak kira-kira 70 kilometer dari sini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Kampung Toh, Pos Kuala Mu di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










