IPOH 26 Nov. – Bantahan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir serta keengganannya mengikuti sesi pendengaran awam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) akan dirujuk akan dirujuk kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Ngeh Ko Ham, esok. Pengerusi PAC, Leong Cheok Keng berkata, selain Zambry, turut akan dirujuk kepada Ko Ham ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MB Inc), Datuk Aminudin Hashim yang bertindak…










