KUALA TERENGGANU – Keadaan banjir di Terengganu tidak berubah setakat pukul 8 pagi tadi dengan hanya sebuah pusat pemindahan banjir di Dewan Sivik Kampung Seberang Pintasan di daerah Dungun dibuka sejak semalam. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A. Rahman berkata, kesemua 42 mangsa dipindahkan ke dewan tersebut disebabkan rumah dinaiki air susulan banjir kilat akibat longkang tersumbat. “Cuaca dijangka semakin baik, hanya mendung sepanjang pagi ini, sekiranya air bertakung di rumah penduduk terjejas sudah surut, mungkin mereka akan dibenarkan pulang pada hari ini,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya