KUALA LUMPUR 27 Nov. – Bahang hoki Piala Dunia 2018 mula dirasai skuad Malaysian Tigers di Bhubaneswar, India dan kini fokus tertumpu kepada menguatkan mental semua pemain menjelang aksi pembukaan menentang Belanda pada Sabtu ini. Skuad hoki negara juga telah menyesuaikan diri dengan padang di Stadium Kalinga pada semalam menerusi satu perlawanan persahabatan ringkas menentang Perancis yang berkesudahan Malaysia tewas 0-1. Ketua jurulatih skuad hoki negara, Roelant Oltmans, berkata, pasukan telah melengkapkan segala persediaan menghadapi kejohanan besar itu dan kini semuanya adalah untuk memastikan segala perancangan berjalan lancar terutama dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya