KUALA LUMPUR 21 Nov. – Bahang aksi terakhir Kumpulan A Piala AFF di antara Malaysia menentang Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini semakin dirasai apabila setakat ini sebanyak 30,600 tiket sudah dijual. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan berkata penyokong Harimau Malaya yang masih belum membeli tiket masih boleh berbuat demikian dengan mendapatkannya di Wisma FAM dan Stadium Nasional Bukit Jalil. “Penyokong Harimau Malaya masih boleh…










