SHAH ALAM – Golongan B40 (golongan 40 peratus pendapatan rendah negara) di Selangor akan memperoleh air percuma sebanyak 25 meter padu (m³) sebulan pada 2019 berbanding 20 (m³) sebelum ini. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, pemberian air percuma yang di laksanakan ketika ini diberikan kepada semua lapisan masyarakat namun matlamat asal program ini bagi mengurangkan beban golongan B40. “Kerajaan negeri yakin golongan B40 lebih berkeperluan dan menghargai bantuan air…










