Aset sebenar Koo Ham RM82 juta, bukan RM75.8 juta - Utusan Malaysia

Aset sebenar Koo Ham RM82 juta, bukan RM75.8 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 23 Nov. – Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham memberitahu, jumlah keseluruhan aset yang dimiliki bersama isteri dan anaknya bernilai RM82 juta dan bukannya RM75.8 juta seperti yang tersiar dalam portal Pengisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata, jumlah aset itu mungkin meningkat kerana terdapat aset lain yang belum dinilaikan termasuk firma guaman yang diserahkan kepada rakan kongsi dan insurans.

“Saya rasa SPRM tersilap kerana saya isytihar kepada SPRM yang saya memiliki aset bernilai RM80 juta manakala aset dengan nilai RM2 juta lagi di bawah nama isteri dan anak-anak.

“Jadi sepatutnya nilai keseluruhan aset itu adalah RM82 juta selain dua aset lain yang belum dinilaikan iaitu firma guaman yang akan diserahkan kepada rakan kongsi dan insurans,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sidang akhbar Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan, Koo Ham yang juga Penasihat DAP Perak itu mencatatkan jumlah keseluruhan aset tertinggi diikuti Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dengan jumlah aset bersama sebanyak RM32.4 juta. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×