KUALA LUMPUR – Majlis sambutan Maulidur Rasul tahun ini diserikan lagi dengan kejayaan 238 pelajar menerima sijil dan ijazah ilmu berkaitan al-Quran, hadis dan turath (warisan) pada Majlis Konvokesyen As Sofa ke-6 di Menara Yayasan Tun Razak di sini hari ini. Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Islam As-Sofa (KIS), Mohd. Sufi Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, seramai 27 orang graduan menerima Sijil Tahfiz al-Quran. Katanya, seramai 11 graduan berjaya menamatkan pengajian…










