NEW YORK 10 Nov. – Amerika Syarikat (AS) mengugut untuk mengurangkan sumbangan kepada operasi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada bulan depan dengan menyatakan sumbangan yang dikeluarkan bukanlah ‘derma kebajikan’. Agensi berita Xinhua melaporkan wakil AS di PBB, Nikki Haley ketika debat terbuka Majlis Keselamatan berkata, sumbangan sebanyak 25 peratus AS kepada bajet anggota pengaman adalah tidak adil dan sumbangan kepada PBB bukan derma kebajikan. Duta AS berkata, AS menyumbang…










