ANDA hampir kecewa. Semua sudah anda cuba tetapi tiada satu pun yang nampaknya berjaya mendapatkan hasil yang anda kehendaki. Bagi golongan usahawan kecil dan sederhana seperti kita, peruntukan kewangan bukan perkara yang boleh diambil mudah terutamanya apabila melibatkan pemasaran. Kita bukan anak orang kaya, jadi kapasiti kewangan memang terhad. Dengan apa yang kita ada ini, setiap pergerakan pemasaran harus mempunyai hasil yang sepatutnya. Kalau tidak, lebih baik kita gunakan peruntukan…










