GUA MUSANG 5 Nov. – Seorang anggota polis trafik nyaris maut apabila motosikal peronda berkuasa tinggi yang ditunggangnya terbabas dalam longkang di Kilometer 85, Jalan Kota Bharu – Gua Musang, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Mohd. Fuzi Mohd. Nayan, 34, yang bertugas di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis, Gua Musang hanya mengalami cedera ringan. Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, kejadian itu berlaku ketika anggotanya menunggang motosikal trafik berkuasa tinggi itu dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Gua Musang. Katanya,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya