Anggota polis maut kemalangan - Utusan Malaysia

Anggota polis maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 22 Nov. – Dua maut termasuk seorang anggota polis selepas kenderaan masing-masing bertembung di Kilometer 138 Jalan Kuantan-Segamat, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, kenderaan Lans Koperal Raja Ahmad Faris Raja Mazlan, 29, yang memandu kereta jenis Perodua Kanci dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sehingga bertembung dengan Toyota Dyna Hi-Ace yang dipandu, Wang Aji @ Wang Lip Hua, 69.

“Kedua-dua mangsa tersepit dan meninggal dunia serta merta dalam kejadian pada pukul 2 petang.

“Raja Ahmad Faris bertugas di Ibu pejabat Polis (IPD) Kuantan dalam perjalanan dari Segamat menghala Kuantan manakala Wang Aji dari arah bertentangan,” katanya di sinj hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN