AMK umum pelantikan jawatan - Utusan Malaysia

AMK umum pelantikan jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Nov. – Syed Badli Shah Syed Osman dan Bryan Chua Chun Han dinamakan sebagai Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) bagi sidang 2018-2021.

Ketua AMK, Akmal Nasir berkata, selain itu, jawatan setiausaha, bendahari dan timbalan bendahari masing-masing akan disandang oleh Ahmad Syukri Che Ab. Razab, Simon Ooi dan Mohd. Khairul Anuar Azhan.

Katanya, Mohd. Khairul Anuar akan diberikan status ex-officio bagi membolehkan beliau menghadiri Biro Politik AMK seperti yang disarankan sebelum ini.

“Saya berharap mereka yang dilantik berkuatkuasa hari ini dapat menjalankan amanah dengan sebaik mungkin dan mengangkat suara anak muda di luar sana bagi kehidupan yang lebih baik dan selesa di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

SENARAI lantikan jawatan exco AMK. - UTUSAN ONLINE/ BLOG
SENARAI lantikan jawatan exco AMK. – UTUSAN ONLINE/ BLOG

Akmal menambah, jawatan Penolong Setiausaha AMK yang bertanggungjawab melancarkan proses pentadbiran sayap berkenaan akan diisi oleh Muhammad Naqib Nasaruddin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN