MUMBAI 22 Nov. – Aktor terkemuka, Amitabh Bachchan diangkat sebagai hero selepas sudi melunaskan hutang 1,398 petani yang bernilai 438,000 pound (RM2.3 juta) di kampung halamannya di negeri Uttar Pradesh. Lapor Mail Online, krisis pertanian yang berterusan menyebabkan petani terkesan dengan kejatuhan harga komoditi, ketidakstabilan upah, harga minyak serta peningkatan kos baja. Menurut Amitabh menerusi blognya minggu ini, beliau merasakan bantuannya itu merupakan satu ‘pencapaian’. “Penghargaan berteraskan keinginan untuk melunaskan…










