Amerika kenakan sekatan terbaharu terhadap Iran - Utusan Malaysia

Amerika kenakan sekatan terbaharu terhadap Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 21 Nov. – Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terbaharu terhadap Iran semalam selepas mendakwa musuhnya itu menggunakan Syria sebagai perantara menghantar bekalan minyak ke Damsyik ba­gi membiayai aktiviti pergerakan Hezbollah dan Hamas.

AS juga mendakwa Iran telah mewujudkan rangkaian hubu­ngan dengan syarikat-syarikat Ru­­sia yang disifatkan berbaha­ya.

Jabatan Perbendaharaan AS melalui satu kenyataannya memaklumkan, Teheran ‘bekerja­sa­ma dengan syarikat-syarikat Rusia, menyalurkan berjuta-ju­ta tong minyak kepada kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad’.

“Rejim Bashar menyalurkan beratus-ratus juta dolar ke­pa­da Kor Pengawal Revolusi Iran Is­lam (IRGC) dan unit khas Pa­su­kan Quds yang kemudian me­mindahkan wang itu kepada pergerakan Hamas dan Hezbollah,” dakwa AS.

Sekatan terbaharu itu turut menyasarkan warga Syria, Mo­ha­med Alchwicki dan syarikat­nya yang beribu pejabat di Rusia, Kumpulan Global Vision.

Mohamed dituduh memainkan peranan utama memindah­kan minyak ke Syria dan me­n­ya­lurkan wang kepada kumpulan militan, lapor portal Channel News Asia.

Dakwa AS, syarikat milik lelaki itu secara haram menerima pemindahan dana dari Bank Pusat Iran melalui satu transaksi.

Lapor kenyataan tersebut, firma-firma perantara yang terlibat dalam komplot untuk mengaburi destinasi minyak dan wang itu termasuklah sebuah anak sya­rikat Kementerian Tenaga Rusia.

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo melalui Twitter memberi amaran bahawa ‘sesiapa yang menyalurkan minyak kepada Syria atau cuba mengelak sekatan AS terhadap aktiviti keganasan Iran akan menerima akibat yang buruk’.

Belia menambah, pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Kha­menei ‘perlu memutuskan sama ada membelanjakan semula wang rakyat Iran untuk rakyat adalah lebih penting berban­ding melabur bagi membiayai Bashar, Hezbollah, Hamas dan kumpulan militan lain’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN