KUALA LUMPUR – Angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 kilometer (km) sejam dengan ombak setinggi 4.5 meter diramal berlaku di perairan timur Condore dan Barat Reef North sehingga Rabu ini. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. Keadaan angin kencang dengan kelajuan 40 hingga 50km sejam dan ombak setinggi 3.5meter sehingga Rabu ini juga dijangka melanda kawasan perairan tenggara Samui, Tioman, Bunguran, barat Condore, Reef South,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya