KUALA LUMPUR – Sebanyak empat laporan polis termasuk berkaitan ugutan bunuh telah dibuat oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan tiga bulan sebelum dia dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya pada 14 Jun lalu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kesemua laporan tersebut bagaimanapun telah ditarik semua oleh allahyarham Nazrin dan ketika ini pihaknya masih menunggu arahan daripada pejabat timbalan pendakwaraya…










