AirAsia tawar penerbangan tambahan sempena perayaan Tahun Baru Cina - Utusan Malaysia

AirAsia tawar penerbangan tambahan sempena perayaan Tahun Baru Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia menambah penerbangan lewat malam sempena musim perayaan Tahun Baru Cina antara 31 Januari hingga 12 Februari.

Penerbangan tambahan itu ditawarkan pada harga tetap iaitu RM99 sehala bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, RM149 dari Kuala Lumpur ke Miri, Sibu dan Kuching, Sarawak sementara perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah berharga RM199.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, syarikat tersebut mampu menawarkan harga tiket berdasarkan permintaan namun AirAsia tetap berusaha untuk menjadikan tambang pada kadar rendah dan tetap.

“Kami ingin ucapkan terima kasih kepada kerajaan atas bantuan untuk mendapatkan kelulusan ini,” katanya pada Majlis Pengumuman Penerbangan Tambahan AirAsia Untuk Tahun Baru Cina di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Pengerusi AirAsia, Tan Sri Rafidah Aziz. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN