SEPANG 21 Nov. – AirAsia Berhad (AirAsia) akan menawarkan penerbangan lewat malam sempena musim perayaan Tahun Baru Cina bermula 31 Januari sehingga 12 Februari 2019. Penerbangan lewat malam itu adalah untuk laluan Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Kuala Lumpur ke Miri, Sibu dan Kuching, Sarawak dan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah. AirAsia menawarkan tambang rendah tetap sehala RM99 (Kuala Lumpur-Pulau Pinang), RM149 (Kuala Lumpur-Miri,Sibu,Kuching) dan RM199 (Kuala Lumpur-Kota…









