KUALA KANGSAR 31 Okt. – Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) menyahut seruan untuk melafaz ikrar serta menandatangani ikrar bebas rasuah (IBR) dalam usaha membanteras sebarang kegiatan pecah amanah melibatkan ahli-ahli majlisnya. Inisiatif diambil itu menjadikan MPKK sebagai PBT ketiga di negeri ini yang berbuat demikian selepas Majlis Perbandaran Taiping dan Majlis Perbandaran Manjung. Yang Dipertua MPKK, Datuk Shahrom Abdul Malik berkata, langkah itu selari dengan usaha untuk memantapkan perkhidmatan kepada…









