Afif koyak 'cai' Rafizi dipentas AMK - Utusan Malaysia

Afif koyak ‘cai’ Rafizi dipentas AMK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 16 Nov. – Pemilihan PKR bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berakhir dengan cukup dramatik apabila calon Ketua, Dr. Afif Bahardin, bertindak mengoyak ‘cai’ dari kem Rafizi Ramli.

Malah, pesaingnya, Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir yang diumumkan sebagai pemenang bagi jawatan tersebut disambut dengan ‘boooo’ sebaik sahaja beliau diumumkan memenangi Ketua AMK.

Tidak terhenti di situ, majoriti para perwakilan yang memenuhi dewan juga menjerit meminta pemilihan diadakan semula selain melaung nama Afif secara beramai-ramai sehingga terpaksa diarah berulang kali supaya bertenang. – Utusan Online

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×