Adib semakin stabil, 70 peratus peluang selamat - Utusan Malaysia

Adib semakin stabil, 70 peratus peluang selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Nov. – Satu berita menggembirakan buat seluruh rakyat Malaysia apabila anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, yang cedera dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Putra Heights dekat sini awal pagi semalam semakin stabil.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraidah Kamaruddin melalui satu hantaran di akaun Twitter miliknya pagi ini.

Kata Zuraida, doktor yang merawat Muhammad Adib memaklumkan, peluang untuk Adib selamat kini telah meningkat daripada 40 peratus semalam kepada 70 peratus hari ini.

“Alhamdulillah, kita menerima maklumat baharu tentang Muhammad Adib. Dr. Izani memberitahu keadaan semakin baik, sudah melepasi zon bahaya. Jika semalam hanya 40 peratus peluang selamat, sekarang 70 peratus. 

“Rawatan sedang diteruskan dan kini sudah bergerak ke fasa seterusnya. #DOA4ADIB,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN