SEPANG 3 Nov. – Pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin perlu bekerja keras dalam perlumbaan sebenar, esok, setelah dia sekadar melengkapkan aksinya pada sesi kelayakan Grand Prix Motosikal Malaysia 2018 di kedudukan ke-18, sebentar tadi. Dalam aksi yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu, pelumba Petronas Sprinta Racing tersebut mencatat masa sepusingan 2 minit 13.089 saat (s). Penunggang Sepanyol, Jorge Martin menempah petak pertama setelah mencatat masa sepusingan terpantas 2:11.731s,…









