KUALA TERENGGANU 5 Nov. – Seramai 7,758 kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) di negeri ini telah didaftarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga Oktober lalu dengan sebahagian besarnya merupakan kalangan yang bermasalah dalam pembelajaran. Isteri Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Zarani Othman berkata, langkah itu membolehkan ibu bapa diberi bimbingan menguruskan anak-anak istimewa dengan lebih baik manakala anak-anak itu juga mendapat peluang untuk menjalani program pemulihan dan pendidikan lebih sempurna. “Pengesanan awal terhadap kelainan upaya anak-anak dan pendaftaran amat penting dalam membantu, merawat dan memulihkan masalah mereka. Bagi yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya