JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan darjah dan pingat kepada 62 individu sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-60 baginda, esok. Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abd Rahim Ramli berkata dua daripada individu itu bakal dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang membawa gelaran Datuk manakala lima individu lagi dikurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor…










