KOTA BHARU 10 Nov. – Seramai 602 individu akan menerima Darjah Kebesaran, Bintang, Pingat dan Surat Kepujian sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad V ke-49 yang akan berlangsung di Istana Balai Besar di sini, esok. Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Nazran Muhammad berkata, daripada jumlah berkenaan, seramai 37 individu akan menerima darjah kebesaran bergelar Datuk, manakala lima lagi dilantik sebagai Jaksa Pendamai. “Menjunjung titah perintah dan limpah kurnia Ke bawah…










