NILAI – Kelicikan sekumpulan penjenayah yang menjadikan pasar raya utama di daerah ini untuk mencuri pelbagai jenis susu bayi berjenama terbongkar selepas polis menahan dua lelaki dan empat wanita dalam operasi pada Jumaat lalu.
Kesemua suspek berusia antara 25 hingga 53 tahun itu ditahan di kawasan Sikamat dekat Seremban kira-kira pukul 3.42 petang.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, kumpulan terbabit disyaki terlibat dalam kes curi kira-kira 125 tin dan 54 kotak susu bayi dengan kerugian bernilai RM8,000.
Katanya, perbuatan itu dilakukan di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai di sini awal bulan ini.
“Dalam kejadian pada pukul 7 malam itu, kumpulan tersebut yang berlagak seperti pelanggan biasa memasukkan semua susu bayi ke dalam troli sebelum membawa barangan itu keluar dari kawasan pasar raya berkenaan.
“Bagaimanapun, perbuatan mereka disedari pengawal keselamatan yang mendapati rak jualan menempatkan susu tersebut telah kosong,” katanya di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










