409 cedera dalam protes harga minyak Perancis - Utusan Malaysia

409 cedera dalam protes harga minyak Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 18 Nov. – Sebanyak 409 cedera manakala 14 cedera parah dalam himpunan ‘yellow vest’ yang membantah kenaikan harga minyak di seluruh Perancis , menurut

Menteri Dalam Negeri, Christophe Castaner.

Jumlah yang cedera meningkat lebih daripada dua kali ganda, yang digambarkan Castaner ‘sangat membimbangkan’ di 87 lokasi di seluruh negara apabila penunjuk perasaan telah menyekat jalan bagi menyatakan kemarahan terhadap kenaikan cukai minyak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesemua yang tercedera termasuk 28 polis atau anggota bomba.

Castaner memberitahu radio RTL bahawa 288,000 orang telah mengambil bahagian dalam demonstrasi semalam di 2,034 lokasi di seluruh negara.

Kira-kira 3,500 berada di jalanan sepanjang malam, katanya.

“Malam tadi sangat membimbangkan… Terdapat serangan, pergaduhan, pertikaman.

“Ada pergaduhan di kalangan para penunjuk perasaan ‘yellow vest’. Terdapat banyak alkohol di beberapa lokasi, yang mendorong kepada kelakuan yang tidak dapat dijangka,” katanya. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×