36,072 calon duduki SPM di Perak - Utusan Malaysia

36,072 calon duduki SPM di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 13 Nov. – Sebanyak 36,072 calon di negeri ini mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 bermula hari ini sehingga 13 Disember depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 33,916 merupakan calon sekolah sementara 2,156 lagi adalah calon persendirian termasuk 111 calon berkeperluan khas.

Beliau berkata, sebanyak 2,595 petugas peperiksaan di­tempatkan di 288 buah sekolah terlibat dengan 325 pusat dibuka me­rangkumi 291 pusat sekolah dan 34 pusat persendirian.

“Jumlah calon pada kali ini melibatkan satu angka yang agak besar, jadi kita harap para pelajar dapat meneruskan perjalanan mereka dalam proses pendidikan ini dengan lebih baik.

“Kita di pihak kerajaan, mendoakan mereka agar mampu mencipta kejayaan yang pas­tinya menjadi kenangan manis buat pihak sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau perjalanan peperiksaan SPM 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson di sini hari ini.

Hadir sama Penolong Kanan Pentadbiran SMK Anderson, Razak Malek Taharin.

Sementara itu, Razak Malek berkata, selain 185 calon sekolah menduduki SPM di SMK Anderson, terdapat juga 45 calon persendirian.

“Seorang pelajar terpaksa kita kuarantinkan kerana menghidap cacar air (chicken pox),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN