ALOR SETAR – Seramai 32,008 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menduduki peperiksaan itu di 261 pusat di seluruh negeri ini bermula hari ini hingga 13 Disember depan. Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dalam satu kenyataan berkata, seramai 27,585 daripada jumlah calon terdiri daripada calon sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan (SBK) dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK). “Selain itu, terdapat seramai 1,010 calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan Malaysia…










