JEMPOL – Seramai 32 penduduk Kampung Gelang Pertang di Simpang Pertang dekat sini terpaksa dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air malam ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, kesemua mangsa terdiri daripada 17 wanita dan 15 lelaki. “Kediaman mereka dinaiki air akibat hujan lebat sejak petang tadi. Seramai 32 orang dewasa telah dipindahkan ke Dewan Geylang. “Kerja-kerja penyelamatan masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini. Norazam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.55 malam dan tiba di lokasi banjir pukul 8.34 malam.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya