JOHOR BAHRU 19 Nov. – Seramai tiga peniaga ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor semalam selepas merasuah pegawai penguat kuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK). Menurut jurucakap SPRM, ketiga-tiga lelaki berusia antara 40 hingga 60 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8 malam di SPRM Johor Cawangan Kluang. “Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kesemua suspek telah memberikan wang rasuah sebanyak RM1,500 kepada Pegawai Penguatkuasa MPK sebagai dorongan supaya tidak mengambil apa-apa tindakan. “Mereka berbuat demikian bagi mengelakkan dikenakan tindakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 di bawah kesalahan Undang-Undang Kecil Perlesenan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya