MARANG 4 Nov. – Dua maut manakala dua lagi cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas lalu melanggar sebuah bas kilang yang diletakkan di tepi jalan di Kilometer 51, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Jambu Bongkok, di sini malam tadi. Mangsa, Norillyana Mat Hassan, 19, yang berada di tempat duduk hadapan meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak saudaranya di bahagian belakang, Muhammad Ismail Ramzul Haisam, 19, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11.15 malam ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu. Difahamkan Norillyana baharu melangsungkan majlis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya