KUALA LUMPUR 23 Nov. – Sebanyak 1,000 helai jaket keselamatan diedarkan kepada penunggang dan pembonceng motosikal secara percuma di Plaza Tol Bukit Jelutong, Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) baru-baru ini.
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) dalam satu kenyataan memaklumkan, program tanggungjawab sosial korporat itu dianjurkan syarikat Velesco Energy dengan kerjasama Lebuhraya GCE.
“Ia merupakan inisiatif kedua-dua syarikat itu bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan penunggang motosikal di lebuh raya,” menurut kenyataan itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










