KUALA LUMPUR – Seramai 100 insan bertuah dipilih untuk menerima ijazah pembacaan kitab berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW secara sempurna sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini. Mereka yang terdiri daripada pelbagai golongan itu dipilih selepas berjaya menamatkan pembacaan dua buah kitab yang paling bermakna di dalam dunia pengajian Islam tersebut iaitu Syamail Al Nabi (Kesempurnaan Nabi SAW) dan Al Syifa’ Bi Ta’rif Huquq Al Mustafa (Penyembuh Dalam Mengenali Hakikat Nabi…










