KUALA LUMPUR 22 Okt. – Calon Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin bersetuju supaya satu siasatan dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) termasuk berhubung dakwaan ‘pengundi hantu’ dalam Pemilihan PKR di beberapa cabang di Selangor. Menganggap dakwaan tersebut sebagai satu gangguan, Ahli Parlimen Ampang itu turut meminta supaya Biro Politik PKR dapat membuat satu saranan kepada JPP agar siasatan menyeluruh mengenainya dapat dilaksanakan. “Tentang ‘pengundi hantu’ saya dengar berlaku di cabang…










