Zulin Aziz tidak jadi kahwin dengan kekasih misteri - Utusan Malaysia

Zulin Aziz tidak jadi kahwin dengan kekasih misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon dan bekas penyampai radio Zulin Aziz mendedahkan bahawa perancangannya untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian selepas hubungan bersama kekasih misterinya terputus di tengah jalan.

Perkara berkenaan dikongsikan Zulin, 29, menerusi akaun Instagramnya semalam dengan memberitahu segala perancangan menuju hari bahagianya termasuk lagu khas yang dicipta untuk bakal suaminya tidak menjadi kenyataan. 

“Saya pernah berkongsi tentang perancangan untuk berumahtagga bersama jejaka yang dikenali sejak tahun lalu. Ya, saya sudah bersedia. Itulah doa dalam tahajud saya. 

“Akhirnya saya dipertemukan dengan dia yang menerima saya apa adanya. Saya sangat bahagia dan bersungguh-sungguh kuruskan badan sebab mahu kelihatan cantik pada hari perkahwinan kami. 

“Segalanya sudah dirancang dan hanya tinggal untuk dia dan keluarganya datang ke sini seperti dijanjikan. Kita hanya merancang tetapi Allah sebaik-baik perancang. Hubungan kami gagal, jodoh tidak panjang,” tulisnya. 

Dalam perkongsian itu, Zulin tidak menyatakan sebab mengapa perhubungan itu terlerai kerana ia terlalu peribadi. 

“Sebabnya saya tidak dapat kongsi. Ia terlalu peribadi. Hati saya hancur hanya Allah yang tahu,” katanya. 

Namun pada masa Zulin menafikan berita tersebut adalah gimik daripadanya.

“Untuk apalah saya mahu buat gimik? Kalau mahu cari publisiti murahan bukan ini caranya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×