Zakat mekanisme agih kekayaan - Utusan Malaysia

Zakat mekanisme agih kekayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 14 Okt. – Konsep zakat yang merupakan rukun Islam ke­empat bukan sa­haja melambangkan keadilan sosial tetapi membantu asnaf ke­luar daripada kemiskinan.

TENGKU ABDULLAH SULTAN AHMAD SHAH
TENGKU ABDULLAH SULTAN AHMAD SHAH 

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, zakat merupakan satu mekanisme pengagihan kekayaan dan keseimbangan sosial yang disyariatkan oleh Islam dengan didasari tujuan yang jelas iaitu perkongsian atau saling membantu.

“Berpandukan kepada prinsip agihan zakat yang diamalkan, maka Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) menyediakan sebanyak 44 jenis bantuan zakat yang disalurkan menerusi lima program.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Melalui program itu, sejumlah RM134 juta diagihkan pada 2016 dan RM149 juta pada tahun lepas,” titah baginda ketika merasmikan Karnival Usahawan Asnaf Pahang 2018 di Dataran Masjid Ne­geri Sultan Ahmad 1 di sini kelmarin.

Titah baginda dibacakan oleh Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan hadir sama Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Ne­geri.

Sebanyak 160 usahawan asnaf dikumpulkan oleh Muip dalam karnival empat hari itu yang berakhir hari ini.

Tengku Abdullah bertitah, program pembangunan usahawan asnaf fakir dan miskin bukan sekadar menghulur bantuan tetapi melibatkan pemberian bantuan modal, latihan serta peralatan.

Bantuan seperti itu, titah baginda, membolehkan asnaf menjalankan perniagaan agar suatu hari nanti mereka tidak lagi tergolong dalam kategori asnaf fakin dan miskin.

“Sehingga kini, seramai 245 asnaf sedang mengikuti latihan dalam pelbagai bidang perniagaan. Saya juga berbesar hati dengan kesudian Dewan Perniagaan Melayu Pahang menjadi mentor kepada usahawan asnaf.

“Sesungguhnya di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Saya menyeru asnaf supaya merebut peluang yang ada untuk membina kehidupan yang lebih cemerlang,” titah baginda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini