KUANTAN 14 Okt. – Konsep zakat yang merupakan rukun Islam keempat bukan sahaja melambangkan keadilan sosial tetapi membantu asnaf keluar daripada kemiskinan. TENGKU ABDULLAH SULTAN AHMAD SHAH Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, zakat merupakan satu mekanisme pengagihan kekayaan dan keseimbangan sosial yang disyariatkan oleh Islam dengan didasari tujuan yang jelas iaitu perkongsian atau saling membantu. “Berpandukan kepada prinsip agihan zakat yang diamalkan, maka Majlis Ugama Islam…










