Yamaha mampu bangkit – Lorenzo - Utusan Malaysia

Yamaha mampu bangkit – Lorenzo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THAILAND – Pelumba Ducati, Jorge Lorenzo sedikit meragui kemampuan bekas pasukannya, Yamaha untuk kembali menguasai Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) dalam tempoh terdekat kerana saingan tersebut ibarat pusingan roda.

Lorenzo berjaya menjulang gela­ran juara dunia MotoGP sebanyak tiga kali bersama Yamaha sebelum meninggal­kan pasukan pengeluar itu bagi menyer­tai Ducati pada penghujung tahun 2016.

Penggantinya, Maverick Vinales pada awal berjaya memulakan saingan de­ngan menakjubkan apabila memenangi dua perlumbaan pada 2017, namun ­prestasinya bersama Yamaha mula merudum secara drastik sejak itu.

Pada perlumbaan terakhir GP Aragon, Sepanyol dua minggu lalu membuktikan bahawa pasukan pengeluar tersebut masih gagal meraih kemenangan dan ia merupakan prestasi terburuk Yamaha pada MotoGP.

Bagaimanapun, Lorenzo mempertahankan bekas majikannya itu untuk kembali bangkit dengan mengambil contoh seperti kelab gergasi Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid yang bergelut dengan prestasi ketika ini.

“Saya fikir MotoGP ada sedikit persamaan seperti sukan bola sepak terutamanya apabila prestasi mereka me­rudum dan ia ibarat pusingan roda.

“Barcelona, Real Madrid mungkin bakal berdepan musim yang sukar untuk tiga atau empat aksi. Sama ada cepat atau lambat, mereka berjaya bangkit semula.

“Yamaha mempunyai sejarah mampu melakukan kebangkitan dan saya fikir lambat atau cepat, mereka akan dapat mengatasinya,” kata Lorenzo. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN